Persediaan Awal Ke Luar Negara

11:12 pm

Persediaan awal sebelum melancong telah aku sediakan. Passport Malaysia siap diperbaharui. Surat pengesahan HAART telah diterima dari Hospital Sungai Buloh. HAART pun sudah restock. Tinggal menunggu tarikh perjalanan tiba sahaja.

Ini merupakan kali pertama aku bercuti ke luar negara bersama ubatan HAART. Ini juga kali pertama aku ke luar negara secara solo-backpack. Mana mungkin aku ke luar negara bersama-sama rakan-rakan backpack yang lama, nanti diajaknya keluar berjalan, buatnya tiba-tiba datang tingtong, mahu aku berjalan macam lagu Juliana Barnos, "Ku ke kiri, kau ke kanan, ku di hadapan, kau di belakang". Hurm, mungkin satu hari nanti, dengan selected circle of friends yang boleh dipercayai.

Moga segalanya dipermudahkan nanti. Cara-cara seludup HAART dalam beg pun belum google. Hahahaha.

OK, kepala dah tingtong. Selamat malam.


Anda Mungkin Juga Meminati

0 comments

Top Entri

Facebook Followers

Blogger Followers