Solo Backpack ke Aceh. Bahagian 2

3:45 pm

Punyalah lama aku nak update post kembara ini, 3 bulan dah terperap rupanya. Ok lah kali ni tak nak tulis panjang lebar, aku pun jenis malas nak fikir ayat bunga2 gempak bombastik fantastik sangat.

Sesampai aku di Pelabuhan Balohan, aku tercari-cari bot yang dikatakan oleh chalet aku yg akan membawa aku ke jeti Chalet. Inilah masalah kalau kita tak rancang betul-betul perjalanan. Rupanya bot tu hanya akan ambil aku lepas sampai di Iboih, bukan dari Balohan. Ades. Dah lah tak sempat beli simcard Indonesia masa dekat Jeti Ulee Lheue, padan muka dengan aku.

Berpusing-pusing aku dekat bangunan jeti tu. Mungkin disebabkan aku kacak, atau sebab aku macam blur2 alang masa dekat jeti tu, datanglah seorang brader Indo ni tegur. "Mau ke mana ya?"

"Saya mau ke Iboih. Bagaimana ya?", kata aku.

"Kalau seorang aja, boleh naik Ojek". Yes, memang itulah pengangkutan pilihan aku kalau travel seorang diri dekat Indonesia ni, memang bagus naik Ojek. Sebabnya, murah berbanding naik teksi, dan boleh makan angin atas motor tengok pemandangan sambil tangkap2 gambar sket, sesambil layan angin. Tapi, nak lagi jimat, bagusnya aku sewa motor terus. Tapi macam aku cakap tadi lah, planning tak betul ni lah jadinya.





Naik ojek, turun naik bukit, kematu jugak bontot mungil aku ni. Lebih kurang sejam atas motor barulah sampai ke Iboih. Sampai Iboih time tu dah nak Maghrib pun.

Aku sewa bilik paling basic dekat Iboih tu. Dengan takde kipas nya. Memang sesuai lah dengan muka aku. Hahaha. Padan muka, tak nak planning bebetul lagi. Jadi lepas checkin, aku habiskan masa lepak dekat jeti menghadap laut Selat Melaka, sambil layan angin laut. Hilang rasa penat seharian travel dari Kuala Lumpur.


Esoknya tak tahu nak buat apa, kita go with the flow je lah. Plan nak sewa motor pusing satu Pulau Sabang. Tapi nak dikatakan rezeki, something happened.

Aceh awal sejam dari Kuala Lumpur, so pukul 9pm dah telan ubat. Tapi actually pukul 9pm dia mmg macam 10pm KL pun. Teda masalah.

Ok nantikan sambungan. Aku dah malas nak taip lagi... T_T

Anda Mungkin Juga Meminati

3 comments

Top Entri

Facebook Followers

Blogger Followers