CD4, VL, Sri Lanka

8:07 am

Assalamualaikum dan hai!

It's been a while. A while ke? Hahaha dah hampir setahun tak post apa2.

Berkenaan bacaan CD4, last checkup, drop ke bawah 200. Maybe sebab faktor usia ni susah betul CD4 nak naik. Macam giveup pun ada gak, macam ada org kata tak kisah pun CD4 bawah 200 yang penting tak ada sakit apa-apa. Layankan je.

Berkenaan bacaan VL, rasanya dah nak setahun tak tahun berapa bacaan VL terkini. Dua kali checkup tak dapat bacaan VL. Maybe sekarang memang susah nak buat ujian VL kot?

Apa yang merisaukan, sebab CD4 dropped, dan tak tahu berapa VL, sebab kalau tak silap objektif utama makan HAART adalah untuk dapatkan bacaan VL - Undetectable. Maybe kalau kali ketiga tak dapat bacaan juga, akan ambil initiatif sendiri keluar duit buat checkup di lab swasta.

Oh, berkenaan mengembara. Awal tahun 2017, aku ke Sri Lanka. Masih dikategorikan sebagai negara dunia ketiga, tapi negara Sri Lanka memang cantik! Ada pantai, ada gunung, ada pusat bersejarah. Bila ke Sri Lanka, kita akan rasa macam kembali ke Malaysia dalam zaman 60-an. Hidup orang dia sangat tenang.

Sebelum ke Sri Lanka, aku dapatkan khidmat nasihat dari Dr Nurul. Antara nasihat beliau yang boleh dijadikan panduan para PLHIV:

1. Kalau ke negara dunia ketiga, sila dapatkan suntikan Thypoid (Kepialu). Sebab tahap kebersihan diragui. Dan pastikan dapatkan suntikan, bukan ubat Oral (makan). Sebab yg Oral akan bertindak balas dengan ubat HAART kita. Dapatkan juga suntikan Hepatitis A (digalakkan).

2. Kalau ke negara yang pernah ada sejarah Influenza (contoh China), sila dapatkan suntikan Influenza.

Maybe akan ada yang tanya, kenapa perlu suntikan-suntikan semua ni, kalau CD4 dah tinggi. Guys, kalau nak pergi Umrah pun kena suntikan kan? So apa salahnya ambil je, untuk ketenangan minda kita juga. Dari sibuk risau itu tak boleh makan ini tak boleh makan, kan?

Anyway, kalau tak silap vaksin kepialu akan tahan 2 tahun, jadi takde lah merugikan pun.

Bulan 9 ni nak pergi Bali, Indonesia juga dikategorikan sebagai negara dunia ketiga (Malaysia pun actually hahaha), so tak perlu nak menyuntik bagai lagi.

Ada nak kirim? Hahahaha. Kirim guna air liur tidak dilayan ye hewhewhew.

Ok till next post! Bye-bye :)






Anda Mungkin Juga Meminati

1 comments

Top Entri

Facebook Followers

Blogger Followers