HIV dan Hobi (Mendaki Gunung)

8:02 am

Assalamualaikum.

Apa itu G7? Lazimnya hanya pendaki gunung di Malaysia sahaja yang arif dengan terma G7. G7 bermaksud 7 gunung tertinggi di Semanjung Malaysia.

Aku mula jatuh hati dengan dunia pendakian sejak tahun 2010. Ketika tu usia masih muda, tenaga masih kuat.

Dipendekkan cerita, ketika aku dah selesai 2 daripada 7 G7, aku dapat berita yang aku PLHIV. Ketika itu, ketakutan melanda. Kena stop hiking ke? Kalau injured dalam hutan takut orang lain terjangkit pula. Knowledge tentang cara jangkitan HIV mmg zero.

Disebabkan itu, makan jadi tak terkawal. Aku berhenti mendaki dan menyebabkan berat badan naik mendadak. Ini disebabkan ketika mula mendaki, berat badan aku menyusut. Tak diketahui menyusut disebabkan aktiviti mendaki atau disebabkan muscle loss akibat HIV, wallahualam.

Setelah memulakan rawatan HAART, aku mula kawal semula permakanan dan mulakan semula aktiviti mendaki di gunung-gunung yang kurang tinggi. Bila CD4 makin meningkat dan VL menjadi undetectable, jiwa memberontak nak masuk semula ke dalam hutan mendaki gunung. Terasa seperti kepuasan bila mendengar suara nafas berombak-ombak menghirup udara hutan, mandi di sungai yang segar dan sepak daun melayan perasaan sepanjang trek. Mungkin ini salah satu terapi stress untuk aku yang paling mujarab. Maklumlah orang PLHIV macam aku ni tak boleh nak stress sangat.

Dipendekkan cerita, bulan lepas, aku berjaya menamatkan misi G7 aku. Alhamdulillah. Tak tahulah kalau aku ni PLHIV Malaysia pertama tamatkan G7 atau tak. Kalau ye patut apply masuk Malaysia Book of Record dah hahaha.

Apa pun, sejak aku dah jadi PLHIV, ada dua benda yang aku teringin nak lunaskan sebelum menutup mata:

1. Tamat misi G7
2. Menunaikan Haji

Alhamdulillah misi no 1 dah selesai. Tinggal misi no 2 untuk tunaikan Haji. Menunaikan Haji masih satu lagi cabaran untuk PLHIV di Malaysia. Semoga misi yang lagi satu ini turut dipermudahkan.



Anda Mungkin Juga Meminati

4 comments

  1. Tahniah. Alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah utk menamatkan misi yang pertama. Misi yang kedua pasti Allah tolong juga. Apa khabar saudara sekarang? Tahun 2017 tidak berblog?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah khabar baik saudara. Ada jer info yang nak dikongsi, tapi asyik terlupa nak tulis dalam blog. InsyaAllah akan kembali menulis tak lama lagi. :)

      Delete
  2. Tahniah. Alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah utk menamatkan misi yang pertama. Misi yang kedua pasti Allah tolong juga. Apa khabar saudara sekarang? Tahun 2017 tidak berblog?

    ReplyDelete
  3. Salam.nak tye kalau kita pergi travel ubat haart nk packing cmne ye? Masa kat imegresen dorang akan tanya x?

    ReplyDelete

Top Entri

Facebook Followers

Blogger Followers