First Appointment with Dr Nurul

8:52 am

Assalamualaikum,

Semalam merupakan hari pertama appointment aku di tempat baru bersama Dr Nurul. Alhamdulillah, untungnya datang bukan pada hari Isnin yg super duper peak, tak perlu lama menunggu.

Dipendekkan cerita

Result yang positif:

  1. HIV Positive (kuikuikui). Kalau tetiba jadi negative mungkin aku sujud syukur sejam dalam klinik tu kot.
  2. CD4 meningkat dari 137 ke 185
  3. Buah pinggang OK
  4. Dah tak perlu telan Dapsone. Yea kurang satu ubat.

Result yang negatif:
  1. VL detected. Waaa yang ni buat aku nk sebak sket. Punyalah jaga timing makan ubat tapi kenapa kau tak mau supress lagi virus2 noda?! Tapi takdelah naik banyak. Dari <20 ke 24 ekor sahaja,
  2. Kolestrol tinggi. Whattt?! Pulun pegi gym panjat gunung bagai still kolestrol tinggi ka? Tapi nasib baik doktor Nurul tak suruh makan ubat kolestrol. Cuma dia expect next appointment ada improvement dengan kolestrol aku. 
Setelah disekolahkan oleh Dr Nurul dengan beberapa fakta-fakta kesihatan yang perlu diambil berat oleh PLHIV, kami masuk topik lain.

Topik 1: PLHIV yang ingin mengerjakan Haji.
Menurut Dr Nurul, telah ada PLHIV yang berjaya menunaikan Haji di Malaysia. Alhamdulillah, untung lah si fulan itu. Aku kata pada doktor yang aku pernah tanya Tabung Haji, dan jawapan mereka tak boleh dan disuruh buat Badal Haji. Dr Nurul terangkan, mungkin orang Tabung Haji yang reply email aku tu, tak didedahkan dengan aturan baru ini. Dr Nurul kata, kalau dapat panggilan Haji, jumpa dia, dia akan buatkan pemeriksaan dan tak perlu buat pemeriksaan di Kompleks Tabung Haji lagi.

Topik 2: Melancong ke luar Australia.
Menurut Dr Nurul, kalau ke Australia, imigresennya strict sikit pasal ubat-ubatan. Jadi apa yang perlu dibuat, pastikan bila kita bawa HAART tu, bawa dalam hand luggage, dan bawa sekali botol ubat HAART dengan label2nya sekali. Dan pastikan juga bawak surat preskrepsi yang disediakan oleh doktor, Biar nanti daddy2 imigresen tu boleh compare label ubat pada botol dengan nama ubat dalam surat preskrepsi tu.

Ok sekianlah bebelan saya pada pagi yang berhujan di Bandaraya Kuala Lumpur ini. Nantikan next post dari saya yang ensem (post Aceh pun x update2 dah berangan next post, kannn)



Anda Mungkin Juga Meminati

3 comments

  1. WOIII Untung woiii jumpa doktor Nurul.. bestnya dapat info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Untung tak untung lah. Kena basuh gak first appointment. Haha. Tapi lega gak bila kita ada personal doctor.

      Delete
  2. Aku hiv positif kini ambil ubat di hospital sg buloh

    ReplyDelete

Top Entri

Facebook Followers

Blogger Followers