CD4, VL, Nepal

12:54 pm

Assalamualaikum dan hai,

Selesai appointment dengan Dr Nurul hari ini.

CD4 jatuh lagi!

Tak tahu macamana nak luahkan perasaan masa dapat tahu result. Hampir sama macam perasaan masa dapat tahu ujian positif 5 tahun lepas.

Tapi tak apa lah. Asalkan masih sihat dan tak menyusahkan orang sekeliling pun dah cukup bersyukur.

Tapi Dr Nurul kata ujian yang lain-lain semuanya normal. Ujian VL tak dapat dilakukan kerana mesin rosak. Jadi hari ini aku buat ujian VL berbayar. Tak apalah, takkan semua nak percuma. Keputusan akan dapat dalam seminggu. Semoga bukan resistance (Tak rasa pun resistance sebab aku patuh jadual ubat)

Berkenaan Nepal, cadangannya hendak mendaki ke Annapura Base Camp hujung tahun ini, Minta pendapat dari Dr Nurul, so far tiada bantahan. Cuma dia nasihatkan untuk mendapatkan suntikan Influenza dan Pnemococcal.

Nota kaki

Jalan cerita kehidupan kita tak semuanya sama. Jika jalan kalian ke utara, belum tentu jalan aku juga ke utara.

Buat masa ni aku cuma boleh mendengar pendapat dan cadangan. Keputusan tetap dalam tangan aku. Jangan risau, aku tak akan salahkan sesiapa kalau aku pincang dengan jalan yang aku pilih.

Sebab destinasi aku masih sama, Syurga Ilahi.

Ku
24 Januari 2018 12:52PM
Kuala Lumpur

Anda Mungkin Juga Meminati

1 comments

Top Entri

Facebook Followers

Blogger Followers