Status Kesihatan Terkini

11:43 pm

Assalamualaikum dan hai,

Lama betul tak update blog ni. Emang dasar procrastinate.

Ok where should I begin?

Status kesihatan, alhamdulillah last result Viral Load drop ke 27. Last time merasa Viral Load bawah 30 adalah pada tahun 2016. Macam2 benda dicuba tapi ntah kenapa VL ni macam pelik sikit, Mula-mula dia drop undetectable, lepas tu dia mula membiak-biak sampai cecah beribu, walaupun kita patuh dengan ubat. Summary result

Dec 15: CD4 (137) / VL (<20)
May 16 : CD4 (185) / VL (26)
Nov 16: CD4 (203) / VL (No Result)
May 17: CD4 (182) / VL (No Result)
Dec 17: CD4 (158) / VL (No Result)
Jan 18: CD4 (No Result) / VL (694)
July 18 : CD4 (189) / VL (1645)
Jan 19 : CD4 (148) / VL (464)
Jul 19: CD4 (181) / VL (27)

Kalau ikutkan trend ni, ada sesuatu yang menyebabkan VL aku mencanak2 tapi CD4 masih dalam trend yang sama. Tapi sampai sekarang aku tak tahu apa puncanya. Apa-apa pun alhamdulillah result semakin bagus. Sekarang menunggu next appointment bulan 4 untuk result. Harapnya ok lah. Sekarang ni memang aku dah tak kisah CD4 Count, yang penting VL Count cantik.

Bercakap tentang berita terkini tentang wabak COVID-19, simptom2 jangkitan mengingatkan kembali aku dengan simptom2 yang aku lalui masa kena HIV.

Simptom pertama adalah cirit birit tiba-tiba. Bayangkan time cirit birit tu aku masih dalam hutan, trip mendaki Ulu Sepat. Tapi time tu belum demam lagi. Elok je sampai ke Empangan Trojan, aku tercirit dekat semak2 parking kereta.. Nasib baik la takde orang perasan. Lol.

Balik dari trip, sepanjang hari tu akan demam malam sahaja. Paginya sihat. Mulanya aku suspek kena denggi, sebab mostly tanda-tanda macam denggi. Tapi pelik macamana boleh kena denggi dalam hutan.

Instinct suruh buat full medical checkup. Aku ingatkan lagi, beberapa minggu lepas raya aku pergi buat full checkup. Akhirnya kedapatan positif suda. Time tu, terima je la takdir. Ada hikmah.

Ok apa aku nak pesan, kalau korang ada tanda2 cirit birit tiba2, demam malam tiba2, kerap keluar ulser mulut tiba, kena kayap tiba2, kurus tiba2, hilang selera makan tiba2, pergilah buat full medical checkup.

Ok tamat ngomelan. Nantikan entri seterusnya 2 tahun lagi. Ahaks.

p/s: Jika ada yang nak berhubung, silakan emel ya. Kalau nk private chat, hanya melalui Telegram. Take care and be safe people.


Anda Mungkin Juga Meminati

0 comments

Top Entri

Facebook Followers

Blogger Followers